Mee Kuning Opah Miah

Assalamualaikum...
Sejak dengar macam-macam tentang mee kuning..umi dah lama tidak beli mee kuning di kedai...lagipun rasa dan baunya agak tidak menyelerakan..pada umi la...

Alhamdulillah...bila balik kampung...Opah Miah..ibu umi buat mee kuning untuk kami..sejak dari itu  umi terus beli mesin mee dan buat mee sendiri...buat mee ni tak lama...pergi ke kedai beli mee lagi lama dari buat mee ni...tak percaya...cuba lah

Bahan-bahan
1. 1 kg tepung gandum
2. 1 biji telur
3. 2 sudu minyak (umi guna minyak zaitun)
4. 1 cwn air (400ml)  + 1 sudu kecil kapur + sedikit garam
5.  Mesti ada mesin mee...ada di kedai tidak la mahal sangat...boleh dpt kurang dr RM50

Cara-caraNya
gaul semua bahan dan uli sehingga sebati...doh tidak terlalu keras dan tidak juga lembik sangat


Mesin kan  doh menjadi leper dan sapukan majerin supaya tidak melekat

Mesinkan pula menjadi MEE

Rebus dalam air yang dicampur sedikit minyak

dan ...ta..da.... boleh dimakan begitu sahaja atau buat la me goreng ke... tekstur nya lebih anjal dari mee kuning yang ustazahlina pernah beli di pasar...

Selamat Mencuba...untuk kebaikan seisi keluarga

3 comments:

HanzSensei™

Assalamua'laikum umi..
bahan2 buat mee ni hmpir sma dengan buat doh karipap cma xda kapur.. (sprti yg prnh sy buat..)

dan resepi ini sy akan cuba nnti di rmh...!

syukran umi..:)

Anonymous

Assalamualaikum kak lina. Nak tanya sikit...perlu ke letak kapur?

Norbaizura Yaso

Rasanya kalau tak letak kapur nanti dah tak berbentuk mee bila masak dalam air panas

Umi is Cooking   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP