AYAM ANEKA RASA
(dah separuh kena makan nih...he3)
Assalamualaikum semua...Sebenarnaya tak tahu nak bagi nama apa resepi ni.... tapi bahan asasnya ialah ayam... resepi ini sangat mudah dan cepat , sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja seperti umi dan anak-anak / students yang masak sendiri di rumah sewa masing-masing macam Madihah Yusof ...he3
Bahan-bahannya
ayam di potong 4 dan dibersihkan( umi suka guna peha ayam sebab anak-anak suka dan daging nya lembut)
perap ayam dengan aneka resepi yang anda suka . 1 bahagian ayam = 1 resepi ... dapat 4 resepi la semuanya...
Rasa 1 : black paper sos
(ukuran bahannya agak-agak la ye... masalan mcm ni x de masalah sngt bukan macm buat kek mesti tepat...hi3)
* bawang merah
* bawang putih
* halia
* black paper sos ( kalau x de guna je black paper di tumbuk)
* sedikit sos tiram
* garam secukup rasa
Rasa 2 : Satay
* bawang putih
* bawang merah
* halia
* serai (lebihkan serai)
* kunyit
* sedikit garam
* sedikit sos tiram
Rasa 3 : Ayam Halia
* 1 sudu teh lada putih
* 1 sudu besar minyak bijan
* sedikit madu
* halia (lebihkan halia - hiris2)
* bawang putih
* bawang merah
* daun sup (dihiris halus )
* daun bawang (dihiris halus )
garam secukup rasa
Rasa 4 : Ayam cendawan
* bawang putih
* bawang merah
* halia
* black paper sos
* cendawan (potong-potong kecil - cendawan yang sedap tu cendawan kering yang warna hitam kalau xde cendawan tiram pun ok juga - kalau x de yang dalam tin tu pun boleh la)
Cara -caranya
keseluruhan bahan seperti bawang merah, bawang putih dan halia di kisar halus
perap ayam dengan bahan aneka rasa tadi

bungkus ayam yang telah dilumur dengan bahan perapan tadi dengan kertas aluminium
bungkus kemas-kemas
masukkan dalam oven atau kuali bertutup. Masak dalam 15-20 minit... InsyaAllah masak

Bagi suri rumah yang bekerja atau students yang sibuk anda boleh sediakan perapan ayam ini, bungkus sikit-sikt dalam aluminium foil... simpan dalam peti ais, bila nak makan baru la keluarkan dan masak. Cubalah... makan panas-panas dengan nasi putih je pun ok sangat... Alhamdulillah
Posted by ilina at 20.10.11 0 comments
Labels: resepi ayam
Apam Labu Ceria
Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang....
Labu lemak manis... hmmm ..memang sedap.. boleh masak macam-macam... sayur, cekodok, kek ... termasuklah apam...
Labu mempunyai pelbagai khasiat seperti vitamin B1, B2, B6, C, E dan beta-karotena; mineral fosforus, kalium, kalsium, magnesium, besi; sukrosa dan bahan organik... memang baik untuk kesihatan tubuh badan kita...

Rasulullah saw suka makan labu!!!... Imam At-Tarmizi ada menyebut di dalam kitabnya... Syamail Muhammadiah, justeru jika kita makan labu niat mencontohi Rasulullah... dapatlah pahala kan?.. InsyaAllah.
Pagi tadi teringin sangat nak makan anything yang ada labu... selepas menjengok2 blog resepi ... umi terjumpa blog dapur Mas Duniaku ... terima kasih banyak Mas..
Resepi yang Mas beri dalam gm... umi dah cuba convert pada cawan... supaya senang sikit untuk anak-anak umi yang x de alat penimbang...
Bahan-bahannya

1 1/4 cawan labu yang telah dikukus (300gm) - kukus labu ni kejap je rupanya
1 tin susu cair (400ml) - santan pun boleh juga
3 biji telur ayam
1 cawan gula
sedikit garam
3 cawan tepung gandum (400gm)
1 sudu kecil baking powder
1 paket yis
Cara-caranya
1. Blender labu + susu cair
2. Pukul telur + gula + garam sehingga kembang
- masukkan labu yang telah dibelnder tadi
- masukkan tepung + baking powder + yis
Gaul sehingga sebati
3. Rehatkan doh selama 1 jam... tapi masa umi buat kuih ni terlebih rehat sehingga dekat 2 jam sebab ada urusan di luar... he3 ... Alhamdulillah jadi

4. Kukus dalam acuan (5 - 10 minit )
Umi dapat 30 biji kuih apam untuk adunan ini.... Rasa apam ni lemak manis...dan sangatlah gebu!!!! masak labu rasanya sedap.... berkhasiat...dan ikut sunnah!... selamat mencuba.

Posted by ilina at 16.10.11 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
Tuan Rumah
- ilina
- Perkongsian ilmu dan pengalaman untuk rakan dan anak-anak didik. Layari Kilasan Ilmu untuk melihat bahan dan tajuk yang di pelajari dalam kelas Pendidikan Islam. Bicara Minda; buah fikiran dan pandangan. Untaian Hari; peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup dan Tazkirah sebagai renungan bersama