Sarapan pagi...

Honey pancakes

AYAM ANEKA RASA


 (dah separuh kena makan nih...he3)
Assalamualaikum semua...

Sebenarnaya tak tahu nak bagi  nama apa resepi ni.... tapi bahan asasnya ialah ayam... resepi ini sangat mudah dan cepat , sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja seperti umi dan anak-anak / students  yang masak sendiri di rumah sewa masing-masing macam Madihah Yusof ...he3

Bahan-bahannya

ayam  di potong 4 dan dibersihkan( umi suka guna peha ayam sebab anak-anak suka dan daging nya lembut)

perap ayam dengan aneka resepi yang anda suka  .  1 bahagian ayam = 1 resepi ... dapat 4 resepi la semuanya...

Rasa 1 : black paper sos
(ukuran bahannya agak-agak la ye... masalan mcm ni x de masalah sngt bukan macm buat kek mesti tepat...hi3)

*  bawang merah
* bawang putih
* halia
* black paper sos ( kalau x de guna je black  paper di tumbuk)
* sedikit sos tiram
* garam secukup rasa


Rasa 2 : Satay
* bawang putih
* bawang merah
*  halia
* serai (lebihkan serai)
* kunyit
* sedikit garam
* sedikit sos tiram


Rasa 3 : Ayam  Halia

*  1 sudu teh  lada putih
*  1 sudu besar minyak bijan
 *  sedikit  madu
*  halia (lebihkan halia - hiris2)
* bawang putih
*  bawang merah
*  daun sup (dihiris halus )
*  daun bawang (dihiris halus )
garam secukup rasa


Rasa 4 : Ayam  cendawan
* bawang putih
* bawang merah
* halia
* black paper sos
* cendawan (potong-potong kecil - cendawan yang sedap tu cendawan kering yang warna hitam kalau  xde cendawan tiram pun ok juga - kalau x de yang dalam tin tu pun boleh la)

Cara -caranya
keseluruhan bahan seperti bawang merah, bawang putih dan halia di kisar halus
perap ayam dengan bahan aneka rasa tadi



bungkus ayam yang telah dilumur dengan bahan perapan tadi dengan kertas aluminium
bungkus kemas-kemas
masukkan dalam oven atau kuali bertutup. Masak dalam 15-20 minit... InsyaAllah masak



Bagi suri rumah yang bekerja atau students yang sibuk  anda boleh sediakan perapan ayam ini, bungkus sikit-sikt dalam aluminium foil... simpan dalam peti ais, bila nak makan baru la keluarkan dan masak.  Cubalah... makan panas-panas dengan nasi putih je pun ok sangat... Alhamdulillah

Apam Labu Ceria


(gambar yang telah diedit oleh anakanda Nabil)

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang....

Labu lemak manis... hmmm ..memang sedap.. boleh masak macam-macam... sayur, cekodok, kek ... termasuklah apam...

Labu mempunyai pelbagai khasiat seperti vitamin B1, B2, B6, C, E dan beta-karotena; mineral fosforus, kalium, kalsium, magnesium, besi; sukrosa dan bahan organik... memang baik untuk kesihatan tubuh badan kita...

Rasulullah saw suka makan labu!!!... Imam At-Tarmizi ada menyebut di dalam kitabnya... Syamail Muhammadiah, justeru jika kita makan labu niat mencontohi Rasulullah... dapatlah pahala kan?.. InsyaAllah.

Pagi tadi teringin sangat nak makan anything yang ada labu... selepas menjengok2 blog resepi ... umi terjumpa blog dapur Mas Duniaku ... terima kasih banyak Mas..

Resepi yang Mas beri dalam gm... umi dah cuba convert pada cawan... supaya senang sikit untuk anak-anak umi yang x de alat penimbang...

Bahan-bahannya


1 1/4 cawan labu yang telah dikukus (300gm) - kukus labu ni kejap je rupanya
1 tin susu cair (400ml) - santan pun boleh juga

3 biji telur ayam
1 cawan gula
sedikit garam

3 cawan tepung gandum (400gm)
1 sudu kecil baking powder
1 paket yis

Cara-caranya

1. Blender labu + susu cair

2. Pukul telur + gula + garam sehingga kembang

- masukkan labu yang telah dibelnder tadi
- masukkan tepung + baking powder + yis
Gaul sehingga sebati

(sebelum direhatkan... tutup dengan plastik makanan)

3. Rehatkan doh selama 1 jam... tapi masa umi buat kuih ni terlebih rehat sehingga dekat 2 jam sebab ada urusan di luar... he3 ... Alhamdulillah jadi


(selepas direhatkan... naik 3 kali ganda )

4. Kukus dalam acuan (5 - 10 minit )



Umi dapat 30 biji kuih apam untuk adunan ini.... Rasa apam ni lemak manis...dan sangatlah gebu!!!! masak labu rasanya sedap.... berkhasiat...dan ikut sunnah!... selamat mencuba.

Umi is Cooking   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP