Cream Soup and Soft Bun


Kakak yang telah selesai exam PMR memenuhi masanya dengan aktiviti memasak. So hari ini umi buat roti...kakak pula buat sup krim.... jadi kali ini bukan sahaja umi is cooking... tetapi kakak is cooking juga... hmmmm..... semasa memasak ni.... bau dia semerbaknya....
kesemua resepi ini kami ambil dari Youtube...cuma kami ubah suai mengikut bahan yang ada di rumah...he3

Cream Sup
Bahan-bahan kami
*  Lobak
* Bawang besar yang kuning (holland)
* batang saderi
* kentang ... x de kentang merah so..kentang kuning je lah
(kesemuanya di dadu...kalau boleh bagi sama saiz tau supaya masaknya sekata)...kakak memang bersungguh-sungguh semasa memotong sayur2 ni :)

*Stok ayam  
* Susu segar
* tepung
* butter
* cheese (umi guna cheddar yang ada dalam peti ais)
* parsley kering ( sebab x de basil)

Cara-caranya cubalah saksikan  video dari Youtube ini




 Rasa krim sup ni lemak dan segar ... semua ahli keluarga suka sangat


Roti...Bun..
Bahan-bahannya
5 cawan  tepung (tepung buat roti / kalau tepung gamdum biasa roti jadi agak berat dan padat)
300 ml susu segar suam
5 sudu gula
1 paket yeast
sedikit garam
3 sudu mentega yang dicairkan

untuk cara-cara yang lebih detail sila lihat video ini... :))






Alhamdulillah... he3...sama tak dengan yang kat atas tu :)) ..... sekali hadap je roti ni...  buat untuk kali seterusnya umi ubahsuai dengan tambahkan intinya...  dengan kaya, coklat dan sosej...

Sarapan pagi...

Honey pancakes

AYAM ANEKA RASA


 (dah separuh kena makan nih...he3)
Assalamualaikum semua...

Sebenarnaya tak tahu nak bagi  nama apa resepi ni.... tapi bahan asasnya ialah ayam... resepi ini sangat mudah dan cepat , sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja seperti umi dan anak-anak / students  yang masak sendiri di rumah sewa masing-masing macam Madihah Yusof ...he3

Bahan-bahannya

ayam  di potong 4 dan dibersihkan( umi suka guna peha ayam sebab anak-anak suka dan daging nya lembut)

perap ayam dengan aneka resepi yang anda suka  .  1 bahagian ayam = 1 resepi ... dapat 4 resepi la semuanya...

Rasa 1 : black paper sos
(ukuran bahannya agak-agak la ye... masalan mcm ni x de masalah sngt bukan macm buat kek mesti tepat...hi3)

*  bawang merah
* bawang putih
* halia
* black paper sos ( kalau x de guna je black  paper di tumbuk)
* sedikit sos tiram
* garam secukup rasa


Rasa 2 : Satay
* bawang putih
* bawang merah
*  halia
* serai (lebihkan serai)
* kunyit
* sedikit garam
* sedikit sos tiram


Rasa 3 : Ayam  Halia

*  1 sudu teh  lada putih
*  1 sudu besar minyak bijan
 *  sedikit  madu
*  halia (lebihkan halia - hiris2)
* bawang putih
*  bawang merah
*  daun sup (dihiris halus )
*  daun bawang (dihiris halus )
garam secukup rasa


Rasa 4 : Ayam  cendawan
* bawang putih
* bawang merah
* halia
* black paper sos
* cendawan (potong-potong kecil - cendawan yang sedap tu cendawan kering yang warna hitam kalau  xde cendawan tiram pun ok juga - kalau x de yang dalam tin tu pun boleh la)

Cara -caranya
keseluruhan bahan seperti bawang merah, bawang putih dan halia di kisar halus
perap ayam dengan bahan aneka rasa tadi



bungkus ayam yang telah dilumur dengan bahan perapan tadi dengan kertas aluminium
bungkus kemas-kemas
masukkan dalam oven atau kuali bertutup. Masak dalam 15-20 minit... InsyaAllah masak



Bagi suri rumah yang bekerja atau students yang sibuk  anda boleh sediakan perapan ayam ini, bungkus sikit-sikt dalam aluminium foil... simpan dalam peti ais, bila nak makan baru la keluarkan dan masak.  Cubalah... makan panas-panas dengan nasi putih je pun ok sangat... Alhamdulillah

Apam Labu Ceria


(gambar yang telah diedit oleh anakanda Nabil)

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang....

Labu lemak manis... hmmm ..memang sedap.. boleh masak macam-macam... sayur, cekodok, kek ... termasuklah apam...

Labu mempunyai pelbagai khasiat seperti vitamin B1, B2, B6, C, E dan beta-karotena; mineral fosforus, kalium, kalsium, magnesium, besi; sukrosa dan bahan organik... memang baik untuk kesihatan tubuh badan kita...

Rasulullah saw suka makan labu!!!... Imam At-Tarmizi ada menyebut di dalam kitabnya... Syamail Muhammadiah, justeru jika kita makan labu niat mencontohi Rasulullah... dapatlah pahala kan?.. InsyaAllah.

Pagi tadi teringin sangat nak makan anything yang ada labu... selepas menjengok2 blog resepi ... umi terjumpa blog dapur Mas Duniaku ... terima kasih banyak Mas..

Resepi yang Mas beri dalam gm... umi dah cuba convert pada cawan... supaya senang sikit untuk anak-anak umi yang x de alat penimbang...

Bahan-bahannya


1 1/4 cawan labu yang telah dikukus (300gm) - kukus labu ni kejap je rupanya
1 tin susu cair (400ml) - santan pun boleh juga

3 biji telur ayam
1 cawan gula
sedikit garam

3 cawan tepung gandum (400gm)
1 sudu kecil baking powder
1 paket yis

Cara-caranya

1. Blender labu + susu cair

2. Pukul telur + gula + garam sehingga kembang

- masukkan labu yang telah dibelnder tadi
- masukkan tepung + baking powder + yis
Gaul sehingga sebati

(sebelum direhatkan... tutup dengan plastik makanan)

3. Rehatkan doh selama 1 jam... tapi masa umi buat kuih ni terlebih rehat sehingga dekat 2 jam sebab ada urusan di luar... he3 ... Alhamdulillah jadi


(selepas direhatkan... naik 3 kali ganda )

4. Kukus dalam acuan (5 - 10 minit )



Umi dapat 30 biji kuih apam untuk adunan ini.... Rasa apam ni lemak manis...dan sangatlah gebu!!!! masak labu rasanya sedap.... berkhasiat...dan ikut sunnah!... selamat mencuba.

Kerapu goreng kerabu mangga



Ahamdulillah... semua ahli keluarga suka makan ikan goreng... tapi yang masih panas. Maknanya bila nak makan nasi baru la mula menggoreng... umi tak ingat kat mana dapat resepi ni... kerapu goreng dengan kerabu mangga. Memang sedap dan menyelerakan

Bahan-bahannya

Ikan kerapu yang sedrhana besar.. yang besar pun ok juga... belah belakang.. sebab nanti kalau digoreng nampak cantik dan garing

bersihkan garam kunit dan goreng macam biasa.

Kerabu mangga simple je

Bahan-bahannya
Mangga muda - disagat
lobak - di sagat
cili merah di mayang
cili padi dihiris2
sedikit lemon
garam & gula

semua bahan di campur... menjadi kerabu.. letakkan atas ikan goreng tadi..
selamat mencuba resepi berkhasiat untuk kebaikan seisi keluarga.

Mee Jawa Ramadan




" You buat apa tu Foong?...ooOo salin resepi...Mee Jawa Hanieliza... macam sedap je"... my Chinese friend ... sedang menyalin resepi dalam bulan-bulan puasa ni... he3.. ingat orang yang berpuasa je yang sibuk mencari resepi... ok la tu kan... mencari resepi istimewa untuk makanan seisi keluarga... umi pun tergerak hati nak masak mee jawa petang ini
... resepi mee jawa ini di ambil daripada blog Hanieliza... dan di masak mengikut cita rasa umi... Selamat mencuba...

Bahan-bahan Mee Jawa Ramadan

Bahan A
1. Mee kuning opah yang dibuat sendiri seperti dalam entry yang lepas
2. Telur rebus
3. Tahu goreng
4. Taugeh
5. Daging rebus yang di hiris-hiris
6. daun bawang
7. limau kasturi
8. bawang goreng
9. cili hijau & merah

Bahan B (Kuah)
1. 3 ulas bawang putih , 5 ulas bawang merah , sedikit halia, lengkuas dan serai... (dikisar)
2. cili kering di kisar dalam dua sudu
3. serbuk kari daging 1 peket kecil
3. udang kering (umi guna 3 peket = RM6.00)
4. keledek rebus dan di kisar

cara-cara
Tumis semua bahan kisar.... masukkan cili kisar... serbuk kari ... udang kering kisar ... masak sehingga wangi... n pecah minyak... masukkan keledek kisar... masukkan air rebusan daging tadi.. adjust la garam dan gula.... gula kena lebih sikit... baru rasa mee jawa ni bangkit...

Ready untuk berbuka puasa




Alhamdulillah .... mee jawa ni memang sedap ... tp agak pedas... terlebih cili tadi... :))



Ikan Sardin Along



Bismillahirrahmanirrahiiim... Assalamualaikum... apa kabar semua... semua sihat di samping keluarga tercinta....

Kali ini umi ingin kongsikan cara-cara menyediakan ikan sardin... memang sedap.. sama mcm di kedai tu... malah kita lebih yakin kebersihan dan mutunya... he3... umi namakan ikan sardin ni sebagai Ikan Sardin Along... sebab Along ( Kak Zainun @ cikgu Zainun @ mak Adib) yang berikan resepinya... dia kata dia pun dapt dari rakan dia juga... cuba la ye... lepas ni tak payah da beli yang dalam tin tu....

Bahan-bahannya
1. Ikan sardin dalam sekilo... buang kepala dan potongkan ekornya (umi suka yang sederhana besar) ada la dalam 7-10 ekor
2. setengah tin tomato puree
3. 2 biji tomato... buang kulit dan blender halus ( yang ini umi tambah sendiri dari resepi asal)
4. sedikit asam jawa... umi bubuh 1 keping je... sebab dah bnyk yang masam
5. minyak masak sesenduk... untuk yang lebih berkhasiat bubuh la minyak zaitun ke atau minyak yang rendah kolestrol...
6. air secukupnya... bancuh tomato puree dan masak ikan nanti
7. garam dan gula... sebagai perasa

satu yang paling penting ialah Pressure Cooker (yang ni mesti ada)


masukkan semua bahan dalam Pressure Cooker... pasti kan air bancuhannya betul2 menutupi paras ikan bila ikan disusun di dalam periuk...

Masak lah ikan sehingga pressure cooker "menjerit" kemudian perlahankan api dan biar selama 1 1/2 jam... iakan tak akan hancur... tapi tulang ikan menjadi lumat sama macam ikan sardin yang di dalam tin ... selamat mencuba untuk makanan berhasiat seisi keluarga..

Umi is Cooking   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP