Nasi Sayur!!! ( Nasi + Lobak)


Anak-anak selalunya susah nak makan sayur kan?... selalunya la... memilih sangat ... ada setengah tu kalau makan mee atau mee hoon... bersusun sayur di tepi pinggan... semua sayur di tolaknya ke tepi... he3... So kali ni umi masak nasi dicampur dengan sayuran sekali supaya anak-anak dan semua ahli keluarga makan sayur. senang je... masak nasi dan campurkan la sayur yang kita suka. Menu pertama ni ialah Nasi Lobak..

Cara-caranya Sukat beras mengikut keperluan keluarga Sukat air secukupnya mengikut keadaan beras "sagat" lobak .. so lobak tu jadi halus2 ( faham ye istilah ni ) masak / tanak la nasi sepeerti biasa.... ta da... hasilnya nasi yang enak dan berwarna lagi berkhasiat!!


Umi pun dah cuba nasi dengan labu.... sedap... gambar je tak sempat nak ambil... next nasi + bayam pula...


cuba la untuk kebaikan seisi keluarga...

Jus Mangga halalan Toyyiba

Insaf dan gerun bila membaca entry dari Y4kuz4 tentang apa yang kita makan selama ini. (pengunjung semua wajib baca). Selalunya kita cari yang HALAL tapi jarang sekali kita mengutamakan TOYYIBA. Kita kurang kesah dengan pewarna, perasa dan pengawet yang memang jelas tidak baik untuk kesihatan... So satu amalan umi sekeluarga..kami suka sangat buat macam2 jus dari apa-apa buah-buahan dan sayur-sayuran...terutamanya mangga dan tomato...

Bahan

1.Buah mangga yang betul2 masak- bahan utama- lagi banyak lagi sedap ( terlalu masak pun x pe..kalau di pasar malam tu di jual murah-murah je sebab kulitnya dan kecut)
2. beberapa ketul ais
3. air

blender semuanya sampai halus dan pekat....hmmm Alhamdulillah


...fuh! terpacak straw nye

kunjunga anak2 didik dari SMKTDH ...minum jus mangga
Sesuai untuk hidangan seisi keluarga dan tetamu yang datang... senang saje...
kebaikan untuk seisi keluarga...

Jeli Kelapa Segar

Alhamdulillah akhirnya berjaya mendapat resipi yang dah lama umi nak cuba,
Jeli kelapa yang sedap dan segar!....



Bahan2
1. Air kelapa muda (3 biji kelapa)
2. Air sama banyak dengan air kelapa tadi
3. Gula 1 1/2 cawan agar-agar ( bekas jeli yang dalam gambar ni)
4. Agar-agar serbuk 2 sudu ( yang clear tanpa warna dan mestinya yang halal :)
5. sedikit gula batu dan buah kundur kering ( supaya jeli jernih )

Cara-caranya

- Masak semua bahan tadi sehingga mendidih
- isi kelapa muda tadi "korek" (macam x sedap je bahasanya) dan masukkan dalam cawan agar-agar ( boleh dapat dalam 20 cawan! )
- Tuangkan jeli yang dah masak ke dalama cawan dan sejukkan.

Hmmmm sedap dimakan bila waktu panas...Selamat mencuba untuk kebaikan seisi keluarga
Alhamdulillah syukur pada Allah yang memberi kita banyak nikmat....
" Jika kita ingin menghitung nikmat Allah kepada kita pasti tidak terhitung..."

Apam Nasi



Assalamualaikum...


Resepi paling mudah yang pernah umi cuba...dapat dari kakak umi..mak ngah Yati...apam manis yang mudah dan sedap...dah ramai yang mencuba apam ni memang menjadi...

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan nasi sejuk + sedikt air dan diblender halus
1 cawan air + 1 paket yis kering (mauripan)
1 cawan gula

Cara-caranya

- gaul semua bahan menjadi sebati dan tidak bergentel-gentel
- kalau nak bubuh pewarna pun boleh..umi suka natural je..putih..tapi anak-anak suka warna hijau.
- biarkan kembang dalam 10- 15  minit 
- kukus dalam bekas yang comel-comel tu.. tapi jangan lupa letak sedikt minyak pada acuan tu supaya  tidak melekat....


Selamat mencuba untuk kebaikan seisik keluarga...

Lamb Steak...


Assalamualaikum
Satu family semua suka makan  "kambing"  terutamanya lamb steak..resepi yng mudah tapi confirm sedap.. kalau ada  kawan2 nak datang rumah selalu juga mereka minta lamb steak ni..


Bahan-bahan

1.  Rusuk lamb (dagingnya lebih lembut dari mutton, selalunya dah siap potong slice)
2. bawang merah...bawang putih..halia.. blender (sukatan ? umi agak2 je ikut banyak daging)
3. sos tiram 
4. madu
5. Mangga masak manis (blender) ini lah rahsia daging tu jadi lembut dan manis-manis sedap!
6. sedikit garam

Cara-caranya

Basuh daging tu dengan tepung untuk hilang bau ..toskan kering supaya tidak berair sangat bila diperap.  perap kan dengan bahan2 di atas tadi...minimum 4 jam..baru lah mesra dan sebati..daging pun jadi lembut bila di masak.. selalunya umi buat  dalam 3 kilo daging dan simpan dalam freezer. Bila nak makan baru keluarkan seminggu pun ok.

Daging yang telah di perap



masak dalam kuali non stick..tak perlu letak minyak



Gambar steak yang dah separuh dimakan oleh anakanda ...


Hidangkan makanan untuk kebaikan seisi keluarga..selamat mencuba

Mee Kuning Opah Miah

Assalamualaikum...
Sejak dengar macam-macam tentang mee kuning..umi dah lama tidak beli mee kuning di kedai...lagipun rasa dan baunya agak tidak menyelerakan..pada umi la...

Alhamdulillah...bila balik kampung...Opah Miah..ibu umi buat mee kuning untuk kami..sejak dari itu  umi terus beli mesin mee dan buat mee sendiri...buat mee ni tak lama...pergi ke kedai beli mee lagi lama dari buat mee ni...tak percaya...cuba lah

Bahan-bahan
1. 1 kg tepung gandum
2. 1 biji telur
3. 2 sudu minyak (umi guna minyak zaitun)
4. 1 cwn air (400ml)  + 1 sudu kecil kapur + sedikit garam
5.  Mesti ada mesin mee...ada di kedai tidak la mahal sangat...boleh dpt kurang dr RM50

Cara-caraNya
gaul semua bahan dan uli sehingga sebati...doh tidak terlalu keras dan tidak juga lembik sangat


Mesin kan  doh menjadi leper dan sapukan majerin supaya tidak melekat

Mesinkan pula menjadi MEE

Rebus dalam air yang dicampur sedikit minyak

dan ...ta..da.... boleh dimakan begitu sahaja atau buat la me goreng ke... tekstur nya lebih anjal dari mee kuning yang ustazahlina pernah beli di pasar...

Selamat Mencuba...untuk kebaikan seisi keluarga

Mee Gulung

Bismillahirrahmanirahim...

Mula dapat nama Mee Gulung ni sewaktu jalan-jalan ke Timah Tasoh Perlis...kami berhenti makan di Kedai Tok Mek...salah seorang anak saudara order mee gulung...so bila balik rumah kita cuba la pula...

Mee Gulung versi Umi
*  Mee kuning umi buat sendiri (insyaAllah resepi next entry) gaulkan dengan kicap
* Buat telur dadar...lepas tu gulung kan mee tu...
Kuah Mee Gulung
Bahan-bahannya
*  Bawang putih di ketuk  (pecah-pecah kan je)
*  cili merah di kisar (ikut tahap kepedasan..anak umi semua tak makan pedas)
*  daging dipotong2 kecil perap dgn kicap pekat dan sos tiram (gunakan daging batang pinang)       umi suka guna daging sebab nanti kuah tu rasa manisnya...
*  sayur2 ( karot , sawi & tomato) potong ikut kesesuaian 
*  telur
*   Perasa = sos tiram / kicap pekat / kicap manis / kicap cair / garam / gula / lada sulah
*  sedikit tepung jagung + air untuk pekatkan kuah.

Caranya:
Tumis bawang putih , cili kisar  bila dah naik bau masukkan daging..+ sedikit air empukkan dulu +  segala sos tadi + air utk kuahnya agak la jgn cair sangat...yang penting balance  garam , gula dan lada sulah...masukkan sayur-sayur dan telur, umi tak suka kalau sayur terlalu layu..akhir sekali masukkan daun bawang
Akhir sekali tuangkan lah kuah ni  ke atas mee gulung tadi..

Allahumma barik lana fima rozaktana wa qina a'zabannar...

Bismillahirahmanirrahim...

Umi is Cooking   © 2008. Template Recipes by Emporium Digital

TOP